Posts

Showing posts from August 21, 2016

sejarah izhar qamari dan idhgam syamsi

Fikiran pelik hari ni] Bila ingat kembali hukum tajwid, iaitu lam ta'arif, Tertanya-tanya juga, kenapa hukum izhar dikaitkan dengan qamari(bulan ku) dan idgham dikaitkan dengan syamsi (matahari ku)? Kenapa jelas tidak dikaitkan dengan alam yang lain? Kenapa jelas dikaitkan dengan bulan? Ada apa dengan bulan dan bintang? Kemudian google lah, dan jawapan ni macam masuk akal. 1. Izhar Qomari. ALIF LAM itu diumpamakan bintang dan huruf itu diumpamakan bulan.,maka bintang itu tetap terang kelihatan meskipun bertemu dengan bulan cara membaca IZHAR QOMARI harus dibaca dengan jelas dan terang seperti kita memandang bulan. 2. Idhgam Syamsi ALIF LAM diumpamakan bintang dan huruf itu diumpamakan matahari maka apabila bintang bertemu dengan matahari akan menjadi tidak kelihatan. Dua-dua nak bersinar mana boleh nampak cahayanya maka apabila ALIF LAM bertemu dengan huruf syamsiyah menjadi tidak terbaca sebagaimana melihat matahari. Kita perlu masukkan huruf seterusnya d...

Hal di ETS

Image
Post ni kalau dah baca di fb boleh skip.  Kalau tak da fb macam anisah, boleh baca kat sini. Stalker :) Jam 5.00 petang di BTS. Tengah sibuk sibuk bawa bagasi naik escalator, boleh pula berhenti jap depan bakeri. Lepas tu jalan cepat cepat tarik bagasi . Jadual ETS jam 5:21 petang. Sempat sempat. Sampai ke platform 2. Dah 5:15 petang. Tak da lagi train. 5:29 petang. Tak sampai lagi. 5:32 petang. Panjang umur train ni. Train 9216 . Dah masuk cari tempat duduk. Coach A/10D. Oh tepi tingkap. Best nyaaa. Dah duduk dengan selesa , pak cik kat sebelah lagi tu tanya, nak ke mana dik? BM( Bukit Mertajam). Ohhh. Kemudian sunyi jap. Ada seorang pakcik berpakain kemas baju putih biru datang tengok tiket. Okay. Tepi tingkap. Betul lah ni. Kat sebelah tak da orang lagi. Borak dengan pak cik sebelah. Bagitau purata pelajar kinilah, pelajar matrik macam mana lah. Dan.... train sampai ke KL sentral. Ada seorang lelaki muka macam saiful nang , seat dia A/10D. Aik?Macam mana...