Posts

Showing posts from March 8, 2015

series of sedekah :)

Image
    Electrochemical ni boleh  dikaitkan dengan sedekah. Konsep dalam electrochemical ini,  akan ada satu part di sebelah anode yang akan mendermakan electron, electron which i imagined as apa-apa yang di sedekahkan,walau hanya senyuman.     Part yang menderma electron akan jadi ion, kalau zinc solid dia akan jadi zinc ion. Macam tu juga orang yg bersedekah, dia akan banyak pahala dan banyak cas positif dengannya.      Manakala part yang menerima electron, cathode, dia akan bertambah jisim pada elektrodnya. bahasa inggerisnya,mass deposited. Maknanya, kalau yang menerima sedekah akan bertambah kuat untuk jalani hidupnya. Dia akan sentiasa lebih semangat. Oh, lupa electrochemical diagram,wajib ada salt bridge.Yang warna putih antara dua balang.Salt bridge macam pelengkap bagi menyempurnakan dan sentiasa meneutralkan cas. Salt bridge ni ibarat ikhlas. Kalau kita ikhlas menyampaikan sedekah, maka in shaa Allah,sedekah kita akan...

aku bukan robot

Farid( coursemate yang tulis blog juga),pinjam tajuk diatas ye. Aku memang bukan robot. Tapi,hidup di UKM sem lepas macam robot. Dan semestinya bukan robot transformersss Aku robot yang gelak,gelak macam baymax ,usha orang,tengok baju lawa ke tak,study, makan,solat. Ulang benda yang sama. Sabtu ahad balik rumah. Yang jauh,Jangan jealous... Alhamdulillah Nikmat Universiti dekat dengan rumah. ;) Eh, Jangan sedih, nikmat kau lain.Kau mungkin dah ada lesen kereta    tapi     (kena jauh kereta dengan tapi,takut ada yang baca keretapi) aku takda. Lesen 3 kali repeat. Fail. Lupakan kes ni. Jadi,sem ni aku berazam,semangat aku macam ana nak cari elsa dalam frozen tu. "I will find her and get her back to arendelle." Biiznillah, Aku nak buat tiga benda ni setiap hari,supaya hidup aku tak bosan macam robot melipat kain: 1)Bercakap dengan mana-mana foreigners atau orang yang aku tak kenal 2)Sedekah. Senyum pun jadi lah kalau sengkek sangat dan malas nak hulur ka...

SHS

Maaf kalau entri kali ini bakal membuatkan anda benci pada saya. Sempena hari wanita seluruh dunia.Ini adalah perkara pertama yang akan saya cuba lakukan.Saya bukan Malala,tapi saya punya impian dan harapan saya sebagai wanita. Bismillahirrahmanirrahim... Pernah dengar SHS? Second Hand Smokers atau dipanggil sebagai perokok pasif. Menurut kementerian kesihatan,perokok pasif ialah orang yang menghidu bau asap rokok.Dan salah satu bahan kimia yang menyebabkan kanser kepada SHS ialah karsinogen. Walaupun seorang SHS menjaga pemakanan dan sering melakukan senaman,namun jika dia terdedah dengan asap rokok,ada kemungkinan dia akan menghidap kanser. Wahai perokok, anda mungkin akan bash saya, Anda mungkin akan mengejek saya ,jika saya katakan rokok itu membazir,dengan mengira harga rokok dan bergurau senda ,bertanya saya dimana kereta ,walau tidak merokok. Jatuh hormat saya pada anda,jika anda merokok dihadapan wanita. Dan jika salah seorang wanita itu mempunyai penyakit lelah ...