Posts

Showing posts from 2016

ANAK MELAYU PEKAK

Image
Sabtu, 3 September 2016, jam 6 petang buat julung kalinya aku melihat filem Melayu yang aku rasa cukup baik dari segi mutu lakonan setiap pelakonnya terutamanya pelakon watak Azman picasso, pergh memang menjadi watak dia ni. Sinematografi, setting dan semuanya memang nampak sempurna.  Sebab-sebab lain kena tengok filem ini? 1)   Zahiril adzim .  Kali ini kena bawa watak orang pekak yang jual dadah. Lagi lah, siapa nak percaya muka baik, pekak, ada kad dan stiker OKU boleh jual dadah. Dan macam mana mutu lakonan zahiril adzim tak terbaik, dia buat revision dulu sampai sanggup pakai alat bantuan untuk jadi pekak. Aku ada baca laman web ni: http://www.semberono.com/2016/09/zahiril-adzim-pakai-alat-bantuan-untuk-jadi-pekak/ "Untuk dapatkan  feel  lakonan saya ada memakai satu alat bantuan yang menghasilkan bunyi dengung kalau tak silap hampir dua minggu." “Sebenarnya alat itu dicadangkan sendiri oleh pengarah selepas saya berbu...

MENGHARGAI

Image
Alhamdulillah setelah 2 bulan mengajar. Bukan mudah nak didik anak-anak ni. Pelbagai Alat Bantu Mengajar perlu disediakan. Pelbagai jalan dan buah  perlu diperah untuk mereka suka dengan Al-quran. Tapi, macam mana cara pun, mereka akan sukar menerima.    Biasalah sebelum kita pergi lebih jauh, mari berkenalan dengan mereka. 1) Siapa mereka? Baiklah, mereka ini dikelaskan sekali selepas peperiksaan pertengahan yang pertama. Keputusan mereka agak rendah .Itulah masalahnya. Mereka bergaul dengan hanya yang sama malas dengan mereka, sama nakal, sama  sikap. Yang lebih parah ada sepupu 3 sekawan yang kelas sekali. Berasal dari latar belakang rumah yang pelbagai. Faham kan? 2) Apa yang susah nya? Mereka akan bergerak kesana-kemari dan susah sangat nak duduk diam. Ada tu, pernah panjat beranda, Duduk bawah meja guru, buat gimnastik ala-ala durratun nasihin, main tembak-tembak air guna spray gula-gula yang dijual di blok 4. Dan macam-macam lagi. 3) Apa ...

sejarah izhar qamari dan idhgam syamsi

Fikiran pelik hari ni] Bila ingat kembali hukum tajwid, iaitu lam ta'arif, Tertanya-tanya juga, kenapa hukum izhar dikaitkan dengan qamari(bulan ku) dan idgham dikaitkan dengan syamsi (matahari ku)? Kenapa jelas tidak dikaitkan dengan alam yang lain? Kenapa jelas dikaitkan dengan bulan? Ada apa dengan bulan dan bintang? Kemudian google lah, dan jawapan ni macam masuk akal. 1. Izhar Qomari. ALIF LAM itu diumpamakan bintang dan huruf itu diumpamakan bulan.,maka bintang itu tetap terang kelihatan meskipun bertemu dengan bulan cara membaca IZHAR QOMARI harus dibaca dengan jelas dan terang seperti kita memandang bulan. 2. Idhgam Syamsi ALIF LAM diumpamakan bintang dan huruf itu diumpamakan matahari maka apabila bintang bertemu dengan matahari akan menjadi tidak kelihatan. Dua-dua nak bersinar mana boleh nampak cahayanya maka apabila ALIF LAM bertemu dengan huruf syamsiyah menjadi tidak terbaca sebagaimana melihat matahari. Kita perlu masukkan huruf seterusnya d...

Hal di ETS

Image
Post ni kalau dah baca di fb boleh skip.  Kalau tak da fb macam anisah, boleh baca kat sini. Stalker :) Jam 5.00 petang di BTS. Tengah sibuk sibuk bawa bagasi naik escalator, boleh pula berhenti jap depan bakeri. Lepas tu jalan cepat cepat tarik bagasi . Jadual ETS jam 5:21 petang. Sempat sempat. Sampai ke platform 2. Dah 5:15 petang. Tak da lagi train. 5:29 petang. Tak sampai lagi. 5:32 petang. Panjang umur train ni. Train 9216 . Dah masuk cari tempat duduk. Coach A/10D. Oh tepi tingkap. Best nyaaa. Dah duduk dengan selesa , pak cik kat sebelah lagi tu tanya, nak ke mana dik? BM( Bukit Mertajam). Ohhh. Kemudian sunyi jap. Ada seorang pakcik berpakain kemas baju putih biru datang tengok tiket. Okay. Tepi tingkap. Betul lah ni. Kat sebelah tak da orang lagi. Borak dengan pak cik sebelah. Bagitau purata pelajar kinilah, pelajar matrik macam mana lah. Dan.... train sampai ke KL sentral. Ada seorang lelaki muka macam saiful nang , seat dia A/10D. Aik?Macam mana...

Tahun Dua UKM

Disebabkan cik adhwa update tentang tahun dua, kita pun nak update juga. This year is about responsibility, disaster, emotional and hectic year. Entahlah, aku pun kadang-kadang rasa macam nak lari dari UKM sentiasa. Sebab tu aku selalu balik. Tak tahan dengan manusia. Pelik pelik je. ( ke aku yang pelik?) .Subjek pun pening-pening je. Tapi program-program lah yang membuatkan otak aku ni berpusing sapai 360 darjah. Dan selalunya, aku happy banyak benda boleh buat. Tapi, mungkin sebab tak tahan dengan sikap manusia yang minta itu ini, aku jadi bosan dan menyampah. Selain itu, masalah hati orang aku tolak tambah darab bahagi. Ditambah lagi, dengan hal rumah parents  aku tak siap-siap lagi waktu tu. Hehehe, sekarang dah siap, marilah ke rumahku syurgaku.  Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Btw, this year i got two big responsibilities. Pertama dan terakhir kali, setiausaha kelab sains kimia. Kedua, pemegang amanah penyelidikan dan pembangunan( RnD)  UPSM. Untuk Tahun t...

Positive Charge

Blog kali ini mengenai manusia. Manusia yang suka menjauhkan diri daripada aku. Dapat rasa cas negatif yang diberikan pada aku. Rasa tolakan ikatan berbanding menarik ikatan dengan aku. Semuanya salah aku .Berkait dengan hati. Kau rasa bila dah jatuh suka pada orang,  boleh kita tak suka tiba-tiba? Aku tak pandai nak sembunyikan sesuatu. Budak ni baru nak acah-acah matang. Budak ni baru nak kenal dunia luar. Budak ni dah rasa kehilangan orang yang dia sayang  satu persatu dia rasa. Selama ini hanya dengan dunia dia sendiri. Bercakap pun selalu dengan orang yang sekepala dengan dia. Bila ada masalah,budak ni tergedik-gedik cari lelaki . Jatuhkan maruah seorang PEREMPUAN, menangis depan LELAKI. Terima kasih atas segala penolakan yang diberi.  Aku bersyukur. Sungguh, sangat bersyukur pada Allah. Diuji dengan hati,diuji dengan penolakan manusia. Rasa cas negatif itu membuatkan aku jadi lebih positif. Terima kasih membiarkan aku...