Posts

Showing posts from 2015

Pertama

Pagi itu menjadi haru biru buat anak remaja itu. Seharian tidak bertegur siapa dengan ayahnya ibarat naik bot tiada pendayung. Dahulu, ayah lah tempat segalanya diluahkan. Ayah lah tempat untuk berkongsi duka. Ayah lah juga tempat untuk berkongsi makanan, ais-krim dan paling menarik gelakkan gambar orang lain sama-sama. Namun, semuanya berubah apabila Ayahnya mula mencari hasil pendapatan yang lain dengan berniaga. Ayahnya telah ditipu oleh kawan yang perangai saling tak tumpah seperti Mr. Krab didalam kartun sponge bob, orang yang gilakan harta. Sanggup menipu sahabat sendiri untuk kepentingan diri. Kejadian malam tadi menyebabkan kepercayaan Aina Najlaa'yang di taruh harapan tinggi  hilang serta-merta kepada ayahnya. Hanya kerana hendak masuk Universiti. " Ayah, nak isi borang PTPTN kena ada akaun SSPN." Beritahu Aina kepada ayahnya yang tengah kusyuk melayan whatssap di telefon pintarnya. " Hmmm" itu sahaja yang dibalas ayahnya.. " Ayah, dengar...

Hadiah Hari Merdeka tahun 2015.

Image
Assalamualaikum :D MAY ALLAH LOVE YOU EVERY SECOND OF YOUR LIFE..  Merdeka kali ini berkaitan dengan sehati sejiwa. Macam mana nak bagi hati kita semua ni sehati sejiwa?  Salah satu caranya dengan kita belajar Al-quran. Hati kita akan bertaut dengan tuhan. Alhamdulillah, sekarang ini tengah menjadi penuntut ilmu quran dan tenaga pengajar quran yang available. Nak belajar pm ye :D Nasehat dari tuan guru: 1. Jangan malu untuk belajar. Belajar ilmunya sampai mati. Kerana dengan belajar Al-quran hati  akan jadi lebih tenang. 2. Belajarlah juga dengan hati. Biarkan hati kita merindu untuk melagukan ayat suci Al-quran daripada kita rindu nak nyanyi lagu yang tak best dan tak da maksud. 3.Pastikan matlamat dan niat kita sentiasa keranaNya. Jangan tersasar. Bila niat kita baik nak belajar, Allah akan buka jalan penyelesaian untuk kita dalam hidup ni. 4. Bila kita dah dapat ilmuNya, ajarkan dan sebarkan pada orang lain agar mereka juga mendap...

20

Bismilahirrahmannirrahim. Semoga Allah memberkati penulisan kali ini. Usia 20 bukan penamat zaman kanak-kanak. Boleh ja kalau nak main lompat-lompat kat trampoline tu. Boleh ja nak main splash-splash dalam air. Usia 20 bukan permulaan nak jadi dewasa. Kita dah dewasa , bila kita dah pandai simpan duit dalam bank. Kita memang dah dewasa , sejak kita pandai membebel macam orang tua Usia 20 bukan penghalang kita nak kejar cita-cita kita masa kecil. Nak jadi pengacara Tv ?  Teruskan.. Nak jadi Orang kaya yang ada kedai emas ? Teruskan juga.. Nak kahwin dengan anak raja? errr.... Itu, kena logik. Boleh ja, Raja kepada mahligai yang akan kita bina. Kalau bukan di dunia, di syurga. Usia 20 bukan permulaan untuk kita jadi baik. Kita memang budak baik apa sejak kecil. Lahir-lahir ja, alhamdulillah, ayah dah iqamah dah azan kat telinga kita. Lahir-lahir ja memang kita ibarat kain putih. Kita yang kotorkan kain putih tu, Dengar lagi cakap syaitan durjana. Ikut sahaja ap...

Sem 2 2014/2015

Image
Assalamualaikum w.b.t. Jawab dapat pahala.. How are you? Well said, Alhamdulillah i 'm fine. Thank you :) Post kali ini akan banyak gambar. Biar gambar berbicara.Cewah. Maaf kaau adnda bosan melihat gambar ni.Kalau bosan tak payah kutuk. Tapi senyum dan tengok page lain.Terima kasih. Yang sudi nak tengok lagi. Anda tidak akan menyesal kerana saya akan selitkan sikit sesuatu yang berharga untuk anda nilai sendiri. Berjuta terima kasih sudi baca blog yang tak seberapa ini.            Here i'm . In UKM. So many things happen this sem. Lets start one by one. The group inovasi dan keusahawanan. Kami buat produk chocolate stick. Dengan adam yang comel gila. Adam anak buah yang baru lahir tahun ni.  Dengan Alin ( My coursemate) dan Dr Mumtaz yang cantik. Seronok belajar Organik dengan beliau. NAK BELAJAR LAGI ORGANIK :( walaupun, exam organik tatau la macam mana, tapi, organik memang best. Kalau rezeki, in shaa ALLAH dapat A. ...

Kenal diri anda

Image
Assalamualaikum. Lama tak buat karangan kat sini. Jadi, untuk warm up penulisan disini, jOmm buat kuiz dari fizo omar tentang personaliti diri. Pilih satu pokok dari banyak pokok kat bawah ni. Huraian: Nombor 1 Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.  Nombor 2 Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawa b dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai p...

Manusia atau Allah ?

Assalamualaikum w.b.t.  Saya sihat? Alhamdulillah fizikal saya sihat walafiat. Iman?Hmm... Simbah diri dengan clorox baru nak baik, mungkin. Hangpa? Tak sihat. Tidoqlah. Iman? Pastikan  sihat juga. Dah kenapa entri macam gini harini. Maaflah tak pandai nak olah ayat sedap sedap. Saya masih baru. Tak suka tak payah baca. Sila jenguk blog kawan saya. www.faridmajid.com Sem dua tahun satu , memang penat.Baru terasa kehidupan sebenar seorang mahasiswa. Mahasiswa yang ada niat untuk bantu masyarakat.Yang perlu memastikan program yang dilaksanakan memberi impak kepada masyarakat, bukan sekadar hangat hangat tahi ayam.Dalam masa yang sama, pelajaran perlu diambil kira kerana itu matlamat sebenar kita. ~Lirik lagu AKU CINTA ALLAH. WALI BAND!~ Andaikan diriku bisa Seperti yang lain Yang kau sayang Yang kau rindukan Yang kau cintai Verse Aku lemah tanpamu aku lelah Aku sungguh tak berdaya Tolongku tolongku Ya Allah Chorus S...

Change Maker

Assalamualaikum. Apa habaq? Kalau baik,bagus. Tak sehat? Makan ubatlah! Well, dah seminggu tak post apa-apa. Nak cakap kat sini,mood semangat nak belajar dah tertinggal di Kg Simpang Ampat,Semanggol.Ber program disana, menngemokkan diri. Hoho. Maaf merapu makan ikan kerapu.Ok.Back to the topic.Ini adalah tajuk yang diutarakan oleh saudara Nazirul Haziq. Founding CEO of HAS (hamasah as-syabab). A Film maker. A dropout student. Sepatutnya saudara nazirul dapat sambung belajar pharmacy di scotland. Wooo,Hebat kot! Saudara nazirul cakap: " Jadi pembuat filem farmasi lagi cool daripada jadi farmasi."  Lepas bagi salam,saudara Nazirul terus menyuarakan soalan kepada kami. 1)Adakah diri anda membawa impak kepada masyarakat? 2)Bagaimana anda bercerita tentang sumbangan anda dengan title sebagai pelajar? 3)Adakah dengan bekerja lepas graduate dapat beri impak pada masyarakat? Dan,adakah cukup? Monolog dalam saya: "Hak alah,dah la dropout senang la...

Live your life to the fullest.

Image
Assalamualaikum w.b.t. Tak jawab dosa,kalau jawab dapat pahala :) Today i will speak in english. Speak? I am writing.Because today is English day for UPSM(read as: Urusetia Pembangunan Sumber Manusia). My awesome club that taught me to be awesome being a Malay,being a Muslim and being a student of UA (read as : Universiti awam). Move on to our topic. Actually i have already write this topic before.So,today's entry is #throwback .And one of my best friends,always love me to sing this song.Hmm..I dont know why.Forget about it.Lets move to our topic. Live life to the fullest is a special inspiration from my favourite song and moviel ho na hoo. Where the actor is Shah Rukh Khan,Saif Ali Khan, and Pretty Zinta. :) Live our life well. Make sure we get something in our life every day.Dont be a robot.That have no feeling at all at what  we are doing. This is from the book,the other side of the coin by aiman azlan and ameen misran : "I think the key to good quality life...

Pesanan buat adik lelakiku :)

Image
Salam.Kak long tak tau korang baca ke tak blog ni. Tapi,kalau baca Alhamdulillah. Tak baca?orang yang baca tolong sampaikan pada adik jiha,kalau jiha dah takda.Kita tak tau bila kita pergi.Sebagai langkah seorang kakak yang tak tahu bila pergi dari dunia.Kak long nak korang faham mesej dalam blog ni. Ini keluarga kita. Ramaikan? Kepada Mohd Ansar B Mohd Sariff Dan Ahmad Syuaib B Mohd Sariff 1)Jaga mak abah dengan baik.Jangan pernah bagi mereka sedih. Setiap hari jangan lupa sedekah kan Al-fatihah kepada mak abah. Doakan agar segala urusan mak abah sentiasa dipermudahkan. 2)Usaha sungguh-sungguh. Korang boleh berjaya. Ingat jalan apa yang korang pilih,pilihlah jalan yang sentiasa Allah redha,dan mak abah redha. 3)Sedarkan,adik perempuan ramai.Jaga dorang.Jangan bagi mereka mudah cair dengan mana mana lelaki. Didik mereka untuk mengaji dengan sempurna.Agar hati mereka lebih tersentuh dengan Al-quran berbanding suara lelaki yang menyanyi pada mereka. Agar...

Best part of big hero 6

Image
Well, aku suka tengok cartoon,atau apa cerita yang mampu bagi inspirasi pada diri sendiri atau sesiapa sahaja. Dan,disebabkan, baru dapat tengok cerita ni,setelah banyak halangan yang dihadapi untuk menonton cerita ni. Salah satu, ter- download cerita ni versi thailand kot.  So,kalau hampa dah tengok,banyak kan pengajaran dari movie ni? 1.Ehem, yang pertama.Jangan menilai seseorang berdasarkan latar belakang sesorang.Klise kan?Takpe,kita ubah bahasa inggeris. Dalam bahasa inggerisnya, Looks can be deceiving.Rujukan dari website www.jmlalonde.com. Pada permulaan cerita,Hiro yamada,budak yang bijak tapi tak tahu hala tuju dengan kepintaran dia. Bertarung robot. Cepat dapat duit. Macam tu jugak budak budak zaman sekarang, terutama adik-adik yang bersekolah dan yang semestinya ada banyak kelebihan teknologi. Tapi, tak tahu hala tuju penggunaan sesuatu teknologi. Dan, bahagian akhir cerita ni, Hiro buktikan yang dia boleh buat sesuatu untuk selesaikan sesuatu masalah. ...

series of sedekah :)

Image
    Electrochemical ni boleh  dikaitkan dengan sedekah. Konsep dalam electrochemical ini,  akan ada satu part di sebelah anode yang akan mendermakan electron, electron which i imagined as apa-apa yang di sedekahkan,walau hanya senyuman.     Part yang menderma electron akan jadi ion, kalau zinc solid dia akan jadi zinc ion. Macam tu juga orang yg bersedekah, dia akan banyak pahala dan banyak cas positif dengannya.      Manakala part yang menerima electron, cathode, dia akan bertambah jisim pada elektrodnya. bahasa inggerisnya,mass deposited. Maknanya, kalau yang menerima sedekah akan bertambah kuat untuk jalani hidupnya. Dia akan sentiasa lebih semangat. Oh, lupa electrochemical diagram,wajib ada salt bridge.Yang warna putih antara dua balang.Salt bridge macam pelengkap bagi menyempurnakan dan sentiasa meneutralkan cas. Salt bridge ni ibarat ikhlas. Kalau kita ikhlas menyampaikan sedekah, maka in shaa Allah,sedekah kita akan...

aku bukan robot

Farid( coursemate yang tulis blog juga),pinjam tajuk diatas ye. Aku memang bukan robot. Tapi,hidup di UKM sem lepas macam robot. Dan semestinya bukan robot transformersss Aku robot yang gelak,gelak macam baymax ,usha orang,tengok baju lawa ke tak,study, makan,solat. Ulang benda yang sama. Sabtu ahad balik rumah. Yang jauh,Jangan jealous... Alhamdulillah Nikmat Universiti dekat dengan rumah. ;) Eh, Jangan sedih, nikmat kau lain.Kau mungkin dah ada lesen kereta    tapi     (kena jauh kereta dengan tapi,takut ada yang baca keretapi) aku takda. Lesen 3 kali repeat. Fail. Lupakan kes ni. Jadi,sem ni aku berazam,semangat aku macam ana nak cari elsa dalam frozen tu. "I will find her and get her back to arendelle." Biiznillah, Aku nak buat tiga benda ni setiap hari,supaya hidup aku tak bosan macam robot melipat kain: 1)Bercakap dengan mana-mana foreigners atau orang yang aku tak kenal 2)Sedekah. Senyum pun jadi lah kalau sengkek sangat dan malas nak hulur ka...

SHS

Maaf kalau entri kali ini bakal membuatkan anda benci pada saya. Sempena hari wanita seluruh dunia.Ini adalah perkara pertama yang akan saya cuba lakukan.Saya bukan Malala,tapi saya punya impian dan harapan saya sebagai wanita. Bismillahirrahmanirrahim... Pernah dengar SHS? Second Hand Smokers atau dipanggil sebagai perokok pasif. Menurut kementerian kesihatan,perokok pasif ialah orang yang menghidu bau asap rokok.Dan salah satu bahan kimia yang menyebabkan kanser kepada SHS ialah karsinogen. Walaupun seorang SHS menjaga pemakanan dan sering melakukan senaman,namun jika dia terdedah dengan asap rokok,ada kemungkinan dia akan menghidap kanser. Wahai perokok, anda mungkin akan bash saya, Anda mungkin akan mengejek saya ,jika saya katakan rokok itu membazir,dengan mengira harga rokok dan bergurau senda ,bertanya saya dimana kereta ,walau tidak merokok. Jatuh hormat saya pada anda,jika anda merokok dihadapan wanita. Dan jika salah seorang wanita itu mempunyai penyakit lelah ...