Posts

Showing posts from August 16, 2015

20

Bismilahirrahmannirrahim. Semoga Allah memberkati penulisan kali ini. Usia 20 bukan penamat zaman kanak-kanak. Boleh ja kalau nak main lompat-lompat kat trampoline tu. Boleh ja nak main splash-splash dalam air. Usia 20 bukan permulaan nak jadi dewasa. Kita dah dewasa , bila kita dah pandai simpan duit dalam bank. Kita memang dah dewasa , sejak kita pandai membebel macam orang tua Usia 20 bukan penghalang kita nak kejar cita-cita kita masa kecil. Nak jadi pengacara Tv ?  Teruskan.. Nak jadi Orang kaya yang ada kedai emas ? Teruskan juga.. Nak kahwin dengan anak raja? errr.... Itu, kena logik. Boleh ja, Raja kepada mahligai yang akan kita bina. Kalau bukan di dunia, di syurga. Usia 20 bukan permulaan untuk kita jadi baik. Kita memang budak baik apa sejak kecil. Lahir-lahir ja, alhamdulillah, ayah dah iqamah dah azan kat telinga kita. Lahir-lahir ja memang kita ibarat kain putih. Kita yang kotorkan kain putih tu, Dengar lagi cakap syaitan durjana. Ikut sahaja ap...