Posts

Showing posts from August 23, 2015

Pertama

Pagi itu menjadi haru biru buat anak remaja itu. Seharian tidak bertegur siapa dengan ayahnya ibarat naik bot tiada pendayung. Dahulu, ayah lah tempat segalanya diluahkan. Ayah lah tempat untuk berkongsi duka. Ayah lah juga tempat untuk berkongsi makanan, ais-krim dan paling menarik gelakkan gambar orang lain sama-sama. Namun, semuanya berubah apabila Ayahnya mula mencari hasil pendapatan yang lain dengan berniaga. Ayahnya telah ditipu oleh kawan yang perangai saling tak tumpah seperti Mr. Krab didalam kartun sponge bob, orang yang gilakan harta. Sanggup menipu sahabat sendiri untuk kepentingan diri. Kejadian malam tadi menyebabkan kepercayaan Aina Najlaa'yang di taruh harapan tinggi  hilang serta-merta kepada ayahnya. Hanya kerana hendak masuk Universiti. " Ayah, nak isi borang PTPTN kena ada akaun SSPN." Beritahu Aina kepada ayahnya yang tengah kusyuk melayan whatssap di telefon pintarnya. " Hmmm" itu sahaja yang dibalas ayahnya.. " Ayah, dengar...

Hadiah Hari Merdeka tahun 2015.

Image
Assalamualaikum :D MAY ALLAH LOVE YOU EVERY SECOND OF YOUR LIFE..  Merdeka kali ini berkaitan dengan sehati sejiwa. Macam mana nak bagi hati kita semua ni sehati sejiwa?  Salah satu caranya dengan kita belajar Al-quran. Hati kita akan bertaut dengan tuhan. Alhamdulillah, sekarang ini tengah menjadi penuntut ilmu quran dan tenaga pengajar quran yang available. Nak belajar pm ye :D Nasehat dari tuan guru: 1. Jangan malu untuk belajar. Belajar ilmunya sampai mati. Kerana dengan belajar Al-quran hati  akan jadi lebih tenang. 2. Belajarlah juga dengan hati. Biarkan hati kita merindu untuk melagukan ayat suci Al-quran daripada kita rindu nak nyanyi lagu yang tak best dan tak da maksud. 3.Pastikan matlamat dan niat kita sentiasa keranaNya. Jangan tersasar. Bila niat kita baik nak belajar, Allah akan buka jalan penyelesaian untuk kita dalam hidup ni. 4. Bila kita dah dapat ilmuNya, ajarkan dan sebarkan pada orang lain agar mereka juga mendap...