Posts

Showing posts from June 3, 2018

Menjadi Manusia

Image
Usia 20 an selalu membuatkan saya nak membandingkan diri saya dengan manusia lain. "Kenapa dia mudah sangat nak kahwin?" " Kenapa hidup dia senang?" Dan macam macam lagi kenapa. Menjadi manusia macam ni penat untuk hidup.  Apa punca dan sebab saya nak bandingkan hidup saya dengan manusia lain? So, i googled. Tapi tak jumpa jawapan yang menepati kehendak diri. Then, i remember something. Minggu pertama ramadan, saya terjumpa satu jurnal yang menarik perhatian saya. Jurnal ini sangat kemas penulisannya dan mudah untuk difahami rakyat marhaen. Tajuk jurnalnya  ialah; Teori Maslow dan Kaitannya dengan kehidupan Muslim (2017).  Saya baru baca balik jurnal ini. Jurnal ini mengupas teori Maslow  yang mempunyai pengaruh yang luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia baik dari segi falsafah, agama, psikologi dan juga pendidikan.  Saya mengenali nama En Maslow ini dalam drama korea kegemaran saya, Because this is My First Life. Drama ...