MENGHARGAI
Alhamdulillah setelah 2 bulan mengajar. Bukan mudah nak didik anak-anak ni. Pelbagai Alat Bantu Mengajar perlu disediakan. Pelbagai jalan dan buah perlu diperah untuk mereka suka dengan Al-quran. Tapi, macam mana cara pun, mereka akan sukar menerima. Biasalah sebelum kita pergi lebih jauh, mari berkenalan dengan mereka. 1) Siapa mereka? Baiklah, mereka ini dikelaskan sekali selepas peperiksaan pertengahan yang pertama. Keputusan mereka agak rendah .Itulah masalahnya. Mereka bergaul dengan hanya yang sama malas dengan mereka, sama nakal, sama sikap. Yang lebih parah ada sepupu 3 sekawan yang kelas sekali. Berasal dari latar belakang rumah yang pelbagai. Faham kan? 2) Apa yang susah nya? Mereka akan bergerak kesana-kemari dan susah sangat nak duduk diam. Ada tu, pernah panjat beranda, Duduk bawah meja guru, buat gimnastik ala-ala durratun nasihin, main tembak-tembak air guna spray gula-gula yang dijual di blok 4. Dan macam-macam lagi. 3) Apa ...