Posts

Showing posts from June 24, 2018

Bisnes dan kanak-kanak

Image
Saya selalu rasa seram sejuk nak masuk kelas tahun 2. Semangat kalau nak jejak ke kelas ini perlu luar biasa. Kalau tidak, semangat kita yang hilang bagai bintang dilanggar meteor (peribahasa ala sains :D. Alhamdulillah semangat hari ini dalam keadaan yang baik. Cara saya nak bagi ada semangat ialah dengan memakai baju yang selesa dan cantik. Selain itu, buku ringkasan pengajaran harian perlu dilaksanakan sehari sebelum (kalau boleh), kalau tak sempat, buat idea nak mengajar di dalam kepala.  Saya mengajar subjek sirah. Tough for me to explain sirah in the easiest way.. I need something more creative and not boring for them to understand. Pelajaran sirah hari ini berkaitan dengan  nabi Muhammad  berniaga. Usia nabi Muhammad ketika itu ialah 12 tahun. Baginda mengikut ayah saudaranya, Abu talib ke syam. Sifat-sifat yang terpuji  yang ada pada beliau banyak digarap semasa berniaga. Untuk mengelakkan bosan di dalam kelas, saya memberi tugasan kep...

Surat Cinta Tuhan Kita ( Menjadi Ibu Tawakal)

Image
I love to start this blog with question. Kalau awak mimpi , kena letak anak yang masih 1 minggu umur dia dalam bakul, kemudian letakkan di gunung paling tinggi di Malaysia,  Kemudian ada suara muncul ,  "Nanti anak itu akan jadi Menteri Malaysia yang ke 10" Kuatkah awak nak terima mimpi itu dan buat apa yang disuruh serta percaya dengan janji tersebut? Saya tak kuat dan susah nak percaya mimpi itu. Orang baik zaman sekarang pun kalau suruh, i won't do it.  ANAK KANDUNG KOT. Yang dah dikandung selama 9 bulan lebih.. Namun begitu, bagaimana ibu Nabi Musa begitu percaya dengan ilham dari Allah untuk melepaskan anaknya Musa agar tidak dibunuh Firaun ? Dan bagaimana datangnya kekuatan untuk  beliau meletakkan anaknya di dalam sungai Nil? Dan mengapa , apabila beliau tahu anaknya pada tangan Firaun, tidak sedikit pun hilang kepercayaannya kepada Allah? Subhanallah. Hebatnya  tawakal ibu nabi musa. ...