Posts

Showing posts from June 11, 2017

Hikmah 7 kali Test JPJ ( Part 1)

Pernah rasa tak yang kadang sesuatu perkara tu bukan untuk kita? Macam mustahil nak dapat? Saya selalu rasa macam tu. Terutama bila dengan kereta. Perjalanan saya mengambil test JPJ bermula selepas SPM. Mula-mula dengan ceramah undang-undang 6 jam. Ujian undang-undang (komputer) dijawab sehabis baik. Lulus dapat lesen L. DAH BOLEH BELAJAR KERETA. Dan bila dah boleh bawa, Insiden sebelum test, saya nak elak monyet dan sekutunya waktu latihan di jalan raya. Mula-mula seekor tapi, lepas tu anak beranak dia  lalu pula, Kaki saya terus tekan semua benda yang ada pada kaki. Kereta berhenti mengejut. dan... Kereta belakang langgar saya. Ye. Belum dapat lesen dah accident. Ekzos kereta jurulatih saya bengkok. Bumper dia kemek. Tahniah Najihah.  Esok test JPJ, trauma semalam ada lagi. Seriously tak nak test JPJ. Tapi sebab dah bayar test tu, kena juga paksa diri buat test tu. Dan itulah kali pertama test JPJ litar YANG GAGAL. Oh,...