20

Bismilahirrahmannirrahim.

Semoga Allah memberkati penulisan kali ini.

Usia 20 bukan penamat zaman kanak-kanak.
Boleh ja kalau nak main lompat-lompat kat trampoline tu.
Boleh ja nak main splash-splash dalam air.

Usia 20 bukan permulaan nak jadi dewasa.
Kita dah dewasa , bila kita dah pandai simpan duit dalam bank.
Kita memang dah dewasa , sejak kita pandai membebel macam orang tua

Usia 20 bukan penghalang kita nak kejar cita-cita kita masa kecil.
Nak jadi pengacara Tv ?  Teruskan..
Nak jadi Orang kaya yang ada kedai emas ? Teruskan juga..
Nak kahwin dengan anak raja? errr.... Itu, kena logik. Boleh ja, Raja kepada mahligai yang akan kita bina. Kalau bukan di dunia, di syurga.

Usia 20 bukan permulaan untuk kita jadi baik.
Kita memang budak baik apa sejak kecil.
Lahir-lahir ja, alhamdulillah, ayah dah iqamah dah azan kat telinga kita.
Lahir-lahir ja memang kita ibarat kain putih.
Kita yang kotorkan kain putih tu,
Dengar lagi cakap syaitan durjana.
Ikut sahaja apa yang hati kita nak.
Rasa maca penat jadi baik. Nak buat jahat pula.
Bila kita rasa something wrong, baru terfikir, kenapa aku buat benda tu?
Usia 20, memang semangat membuak-buak.
Kenapa itu? Kenapa ini?

Tapi, kita memang baik.
Dan boleh jadi lebih baik.
Usia yang dipinjamkan ini,
Buat yang terbaik.
Bukan sahaja baik untuk  KITA , tapi  untuk UMMAH.

Memang senang ja kalau kencang bercakap.
bukan macam 1-1=0

Kurangkan tidur, banyakkan berfikir.
Usia 20, masa untuk kita bina masa depan kita.
Tak nak ke hidup macam prof Muhaya yang sentiasa senyum,dan fikir positif ?
Hidup kita 20 tahun akan datang , tak kan jadi AWESOME  kalau sekarang bertindak macam siput...

Jadi kesimpulan post kali ini:
- Nak jadi kanak-kanak lagi boleh, tapi berbatas. Kita dah besar. Erk?
- Buat lah apa sahaja perkara yang kita nak buat tapi pastikan yang Allah redha.
- Jadilah baik, ummah perlukan kita
-Positif dan jadilahh matang dalam setiap masalah yang kita hadapi.
- Ingat, hidup akan jadi lagi best kalau, ADA, BERI, DAPAT (pesanan Prof Muhaya)

Assalamualaikum guys. Moga dapat manfaat.

Comments

Popular posts from this blog

sejarah izhar qamari dan idhgam syamsi

Bisnes dan kanak-kanak