MENGHARGAI
Alhamdulillah setelah 2 bulan mengajar. Bukan mudah nak didik anak-anak ni. Pelbagai Alat Bantu Mengajar perlu disediakan. Pelbagai jalan dan buah perlu diperah untuk mereka suka dengan Al-quran. Tapi, macam mana cara pun, mereka akan sukar menerima.
Biasalah sebelum kita pergi lebih jauh, mari berkenalan dengan mereka.
1) Siapa mereka?
Baiklah, mereka ini dikelaskan sekali selepas peperiksaan pertengahan yang pertama. Keputusan mereka agak rendah .Itulah masalahnya. Mereka bergaul dengan hanya yang sama malas dengan mereka, sama nakal, sama sikap. Yang lebih parah ada sepupu 3 sekawan yang kelas sekali. Berasal dari latar belakang rumah yang pelbagai. Faham kan?
2) Apa yang susah nya?
Mereka akan bergerak kesana-kemari dan susah sangat nak duduk diam. Ada tu, pernah panjat beranda, Duduk bawah meja guru, buat gimnastik ala-ala durratun nasihin, main tembak-tembak air guna spray gula-gula yang dijual di blok 4. Dan macam-macam lagi.
3) Apa yang boleh membuatkan mereka beri perhatian pada kita?
- Bola
- Laptop
-Game menu makanan
- Melukis
-Buat origami
-Maggi?
4) Apa kaitan post ni dengan erti menghargai?
Ok. Nak dijadikan cerita, minggu terakhir mengajar kelas ni, dari hari isnin sampai khamis mood
Entahlah. Aku rasa macam aku dah sayang dorang ni terlebih gula kot. Pernah adik-adik ni kata:
Mereka penyebab aku berzikir mengingat tuhan . Setiap kali mereka buat hal, aku tepuk dada dan istighfar. Setiap kali mereka sebut perkataan pelik dan lucah, aku cubit, tampar atau geletek mereka dan suruh mereka istighfar.
Sebenarnya, aku cuba untuk beri mereka rasa erti menghargai. Aku tak dapat neutralkan balik mereka. Lepas teriak aku terus cuti pada hari jumaat. Aku nak sangat tahu, apakah kesan aku tinggalkan mereka sedemikian? Adakah akan membuatkan mereka akan lebih menghargai manusia lain? atau aku belum dapat sentuh hati mereka?
Aku tahu bukan mudah nak sentuh hati anak-anak ini. Nak bagi mereka faham, dengan menghargai , kita akan sayang manusia tu kerana Allah. Bukan kerana manusia tu. Kalau sayang dan hargai manuisa kerana ALLAH pasti akan melakukan perkara yang terbaik untuk mereka. Apa-apapun, aku aku yang lebih memahami maksud menghargai ini daripada mereka. Bila sampai masanya mereka akan faham.
Kalau ada anak murid aku yang baca, i just want you to know,
I love you.( with the hand signal)
melankolik datang. Menangis depan-depan mereka sahaja bila mereka tak nak buat apa yang kita minta buat. Mereka buat dek je. Selama ni boleh je buat cool dan sado. Tapi, ni dah tak tahan sangtat. Dengan Allah kau malas, bila budak buat kat kau baru nak menangis. Tapi, hari khamis yang paling teruk menangis sebab hari terakhir dengan mereka.
Ustazah minta maaf banyak-banyak tak dapat mengajar korang dengan baik. Tak dapat nak ajar sampai korang berjaya.Ustazah minta maaf . Kalau ada yang ustzah terbaling marker, tercubit, tergeletek dan termarah. Ustzah nak pesan, hargai diri kamu, dan orang yang selalu berbuat baik kepada kamu. Marah bukan sebab benci tapi sayang sangat-sangat.Air mata deras je turun. Budak-budak macam terpana sat.
Entahlah. Aku rasa macam aku dah sayang dorang ni terlebih gula kot. Pernah adik-adik ni kata:
Ustazah layan kami macam mak.Betul. Aku belajar cara nak didik anak dengan mereka. Aku merasai gelak tawa yang dah lama aku tinggalkan. Mereka salah satu penyebab aku gelak sehingga menimbulkan rasa bahagia dalam jiwa.
Mereka penyebab aku berzikir mengingat tuhan . Setiap kali mereka buat hal, aku tepuk dada dan istighfar. Setiap kali mereka sebut perkataan pelik dan lucah, aku cubit, tampar atau geletek mereka dan suruh mereka istighfar.
Sebenarnya, aku cuba untuk beri mereka rasa erti menghargai. Aku tak dapat neutralkan balik mereka. Lepas teriak aku terus cuti pada hari jumaat. Aku nak sangat tahu, apakah kesan aku tinggalkan mereka sedemikian? Adakah akan membuatkan mereka akan lebih menghargai manusia lain? atau aku belum dapat sentuh hati mereka?
People would not appreciate you until you can touch their feeling with you.
Aku tahu bukan mudah nak sentuh hati anak-anak ini. Nak bagi mereka faham, dengan menghargai , kita akan sayang manusia tu kerana Allah. Bukan kerana manusia tu. Kalau sayang dan hargai manuisa kerana ALLAH pasti akan melakukan perkara yang terbaik untuk mereka. Apa-apapun, aku aku yang lebih memahami maksud menghargai ini daripada mereka. Bila sampai masanya mereka akan faham.
Hidup kita terlalu singkat untuk tidak menghargai dan dihargai.
Kalau ada anak murid aku yang baca, i just want you to know,
I love you.( with the hand signal)
Comments
Post a Comment