Hikmah 7 kali Test JPJ ( Part 1)

Pernah rasa tak yang kadang sesuatu perkara tu bukan untuk kita?
Macam mustahil nak dapat?

Saya selalu rasa macam tu.
Terutama bila dengan kereta.

Perjalanan saya mengambil test JPJ bermula selepas SPM.
Mula-mula dengan ceramah undang-undang 6 jam.
Ujian undang-undang (komputer) dijawab sehabis baik.
Lulus dapat lesen L.
DAH BOLEH BELAJAR KERETA.

Dan bila dah boleh bawa,
Insiden sebelum test,
saya nak elak monyet dan sekutunya waktu latihan di jalan raya.
Mula-mula seekor tapi, lepas tu anak beranak dia  lalu pula,
Kaki saya terus tekan semua benda yang ada pada kaki. Kereta berhenti mengejut.
dan...

Kereta belakang langgar saya.
Ye. Belum dapat lesen dah accident.
Ekzos kereta jurulatih saya bengkok. Bumper dia kemek.
Tahniah Najihah. 

Esok test JPJ, trauma semalam ada lagi.
Seriously tak nak test JPJ.
Tapi sebab dah bayar test tu, kena juga paksa diri buat test tu.
Dan itulah kali pertama test JPJ litar YANG GAGAL.
Oh, jalan raya lulus.
Mungkin sebab selamatkan MONYET dan sekutunya semalam.

Family, sahabat semua bagi semangat.
Biasalah fail sekali JPJ apalah sangat.
Kemudian buat test ulangan di litar.
sekali. FAIL bukit.
2 kali. FAIL PARKING.
3 kali. FAIL PARKING LAGI.

Kawan-kawan saya kata, kalau ambil kali ke-4 mesti LULUS.
Tapi malngnya, kali Ke-4 dah masuk matrik dan rasa nak repeat tu semakin pudar.

dan.

LESEN L LESAP  begitu sahaja bila hati dah berat nak ulang lagi.

Bila masuk UKM,
Ramai tanya, "dah ada lesen?"
"Pernah ada lesen L. tapi terbengkalai."

Pernah rasa juga macam kakak yang tak da fungsi. Dah besar, tak boleh bawa kereta.
Dah besar, hanya reti kayuh basikal sahaja dan naik PUBLIC transport. 

Trauma terhadap kereta makin menjadi-jadi bila,
Kereta tu ibarat monster.
Mimpi kereta .

DAN waktu tu dah decide.

"Aku memang tak da skill langsung nak bawa kereta."

" Nak jadi orang kaya yang ada DRIVER"

Semua benda pasal kereta, jalan, apa apa je lah pasal kereta dan jalan saya tak nak ambil tahu.

Sampailah satu keadaan yang mengubah segala persepsi buruk tentang kereta.

Pergi rumah anak yatim dengan persatuan  .
Perasaan sebak, tenang dan nak SANGAT datang balik tempat ni.
Tapi nak datang balik tu,
takkan nak naik uber, atau grab?
Jauh.

Waktu ni lah, saya tekad. Apa pun rintangan. Saya nak dapat balik lesen.

Penghujung tahun dua di UKM, terus ambil balik lesen L.

Dan,
Cikgu memandu saya ada 4.
Setiap kelas berbeza cikgu.
Kaedah dan teknik parking yang berbeza.
Jadi pening juga nak hafal semua benda ni.

Bila hari yang test JPJ litar, (Jalan raya lulus lagi. Alhamdulillah)
Macam dah ingat semua perkara dalam kepala.
Tapi, bila lepas bukit, nak masuk parking...
Nampak JPJ pakai cermin mata hitam
Ada misai,
Semua dalam kepala hilang.
Stereng sepatutnya pusing kanan, iols pusing kiri.
Ye. Dan again Fail parking lagi.

kali ke 4.

Allah. Duit nak ulang bukan murah, Rm 150.
Nak belajar sekarang pun Rm 1500 plus minus.
Kali ni  emosi kuat lagi.

Jadi,
Ulang lah kali ke 5.
Confident.
Dah practise dah semalam.
YAKIN akan lulus kali ke-5.
Tapi,

Fail lagi.
Dekat parking.
Punca dia bumper depan terkeluar.
Allah. Kali ke-5 ni seriouly emosi rabak.
Buat ulangan ni masa third year sem 1.
Subjek banyak, assingment, presentation .
Kena hadap juga sakitnya kegagalan ni.
Terduduk termenung dekat tikar sejadah.
Apa salah / dosa yang dah buat?
Teringat tadi.

Allah nak ajar,
 "kau confident sangat kan?"
"Mana tawakal pada aku wahai hamba ku?"

Kita manusia selalu rasa usaha kita melebihi segalanya.
Tapi, lupa sepatutnya kita letak tawakal pada ALLAH dulu. Serahkan usaha keras kita pada Dia.
Expectation only from Him.
Dia yang bagi kita lulus/ gagal.
Dia tahu tahap kemampuan kita.
Saya belajar reda.
Saya belajar tawakal disini.

Perjuangan nak dapatkan lesen kali ke-6 diteruskan.
Tapi,
Allah tak beri lagi kejayaan nak dapatkan lesen kali ni.
Kali ke-6 , Saya belajar apa itu reda sekali lagi.
Nangis ? tu semestinya. Perempuan kan.

Lepastu,
Kawan saya ada tanya
" Jiha apa niat kau nak bawa kereta?"
" Nak jalan-jalan dekat KL"
Allah.
Dekat sini pun dapat tarbiah lagi.

Niat.
Niat nak dapatkan lesen, harus kerana Allah juga.
"Nak bawa family kalau ada emergency."
"Nak bawa family ke tempat yang lebih banyak ilmu daripada hiburan jiwa."
Ya. Niat pun penting.

Bila kali ke-7,
Segala hikmah daripada kegagalan pertama sehingga ke-6 diambil kira.
NIAT.
TAWAKAL.
USAHA.

Part usaha ni.
Untuk elakkan seram sejuk dengan JPJ,
Saya amalkan teknik imaginasi di minda.
Saya pejam mata.
Acah -acah pegang stereng dan kaki pijak clutch dan break.
Saya buat side parking, bukit, 3 penjuru, simpang z dan s semua dalam minda.
Saya dah bersedia.
Setiap ujian litar mulut saya hanya sebut basmallah.
Dan bila sampai penghujung ujian, di simpang s.
Saya macam terkedu seketika.

"Dah lulus ke?"
Ya dah lulus.
Setelah 7 kalinya.
Alhamdulillah.
Hardworks paid off.

Perkara macam ilmu ni,
tak kisah ilmu parking ke, ilmu naik bukit, ilmu HUMO LUMO ke,
semua tu boleh kita belajar.
Tak mustahil.
Cuma ambil masa.
Ilmu perlukan kematangan dan kefahaman manusia itu sendiri.

Just be ready and prepare.

Salam Kejayaan dari Cik Kejayaan.


Comments

Popular posts from this blog

sejarah izhar qamari dan idhgam syamsi

Bisnes dan kanak-kanak