Bisnes dan kanak-kanak



Saya selalu rasa seram sejuk nak masuk kelas tahun 2. Semangat kalau nak jejak ke kelas ini perlu luar biasa. Kalau tidak, semangat kita yang hilang bagai bintang dilanggar meteor (peribahasa ala sains :D.


Alhamdulillah semangat hari ini dalam keadaan yang baik. Cara saya nak bagi ada semangat ialah dengan memakai baju yang selesa dan cantik. Selain itu, buku ringkasan pengajaran harian perlu dilaksanakan sehari sebelum (kalau boleh), kalau tak sempat, buat idea nak mengajar di dalam kepala. 

Saya mengajar subjek sirah. Tough for me to explain sirah in the easiest way.. I need something more creative and not boring for them to understand.

Pelajaran sirah hari ini berkaitan dengan  nabi Muhammad  berniaga. Usia nabi Muhammad ketika itu ialah 12 tahun. Baginda mengikut ayah saudaranya, Abu talib ke syam. Sifat-sifat yang terpuji  yang ada pada beliau banyak digarap semasa berniaga. Untuk mengelakkan bosan di dalam kelas, saya memberi tugasan kepada pelajar saya. Tugasan seperti berikut :


Semua pelajar perlu melukis apa yang mereka ingin jual, harga barangan mereka dan nama kedai mereka. Saya teruja dengan idea mereka. Sekiranya awak mencari idea-idea bisnes, pelajar saya mungkin boleh membantu awak.


Yang tinggi di belakang, dia anak kepada tauke nasi kandar, tapi dia nak buat bisnes macam Airasia.
Yang kecil comel ini, dia nak buat bisnes kedai mainan.



Besarkan gambar ini. Pelajar saya nak buat bisnes bas balik kampung. Nama syarikat dia BAS 2 3.

Malu-malu pula adik ni. Dia nak buka salon rambut.

Yang dua ni, mereka nak buat bisnes tekstil macam jakel.

Yang hujung paling kecil sekali nak jual sejadah sampai ke mesir, mekah.
Sebelah dia nak buat bisnes arnab dan penternakan ikan.

Yang ini nak jual  tembikai segi tiga yang ditengahnya diletakkan ais-krim. Mmm. sedap :x


Dari kanan, nak buka bisnes alatan muzik. Yang ditengah nak jual buku seram,
Yang kiri nak jual blouse muslimah.

Yang ini nak ada kedai komik sendiri. Lupa nak tanya kedai dia nama apa.


Ramai lagi anak murid ini tapi tak siap dan ada yang kekurangan idea. Its okayyy. Awak semua baru 8 tahun. Tapi punya idea bisnes. In shaa Allah kalau awak semua usaha sungguh-sungguh, dan letakkan tawakal pada Allah, awak semua boleh mendapatkan impian walau sebesar matahari.Kanak-kanak perlu dibina idea bisnes ini. BUKAN nak jadikan mereka mata duitan. Tapi, nak hasilkan manusia yang positif dalam berdaya saing dan kreatif. Manusia yang ada sifat ini, campak ke mana-mana , in shaa Allah akan menjadi manusia yang berguna buat manusia lain. 

Sekian, reflections for today :)

Comments

Popular posts from this blog

sejarah izhar qamari dan idhgam syamsi