Menjadi Manusia

Usia 20 an selalu membuatkan saya nak membandingkan diri saya dengan manusia lain.

"Kenapa dia mudah sangat nak kahwin?"

" Kenapa hidup dia senang?"

Dan macam macam lagi kenapa.

Menjadi manusia macam ni penat untuk hidup.

 Apa punca dan sebab saya nak bandingkan hidup saya dengan manusia lain?

So, i googled.

Tapi tak jumpa jawapan yang menepati kehendak diri.

Then, i remember something.

Minggu pertama ramadan, saya terjumpa satu jurnal yang menarik perhatian saya. Jurnal ini sangat kemas penulisannya dan mudah untuk difahami rakyat marhaen.

Tajuk jurnalnya  ialah; Teori Maslow dan Kaitannya dengan kehidupan Muslim (2017). 




Saya baru baca balik jurnal ini. Jurnal ini mengupas teori Maslow  yang mempunyai pengaruh yang luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia baik dari segi falsafah, agama, psikologi dan juga pendidikan.  Saya mengenali nama En Maslow ini dalam drama korea kegemaran saya, Because this is My First Life. Drama ini banyak menyebut teori-teori Maslow. 

Siapakah En Abraham Maslow, dan apa hebat sangat beliau?

Abraham H. Maslow dilahirkan di New York pada tahun 1908 merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan teori tahap keperluan manusia (Maslow 1943).

Di Nusantara pula khususnya di Indonesia, sebagai contoh, teori ini diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Berdasarkan kajian, proses pembelajaran juga mampu berjalan dengan baik melalui aplikasi teori ini (Uci Sanusi 2013). Teori ini juga mampu memotivasikan tahap peningkatan kualiti diri pelajar dalam aspek pendidikan (Ratna Syifa’a Rachmahana 2008). 


Jadi apa teori Maslow ni? 



Nak senang faham, tengok piramid bawah ini. 

Lihat pada tapak bawah sekali. Tahap paling bawah ialah tahap fisiologi iaitu keperluan kepada makanan, udara dan sebagainya. Tahap kedua ialah keperluan kepada keselamatan. Menurut beliau keperluan yang paling atas hanya akan dipenuhi setelah keperluan paling bawah dipenuhi. Tahap ketiga ialah keperluan sosial iaitu keperluan kepada memberi dan menerima kasih sayang. Keperluan keempat ialah keperluan kepada penghargaan terhadap diri sendiri dan menerima penghargaan daripada orang lain. Jika keperluan ini dapat dipenuhi, seseorang akan lebih berkeyakinan. Tahap yang kelima ialah keperluan kepada hasrat diri iatu kesempurnaan diri. Keperluan ini ialah kebolehan menggunakan sepenuhnya potensi diri dan bakat. 


Image result for maslow theory



Menurut Maslow, lima tahap ini perlu dilalui untuk mencapai tahap kesedaran kendiri (Maslow 1943). Jika tahap-tahap tersebut tidak dapat dipenuhi akan memberi kesan yang negatif terhadap diri dan kehidupan manusia. Tahap keperluan tersebut perlu dipenuhi mengikut turutan agar keperluan ditahap seterusnya dapat dipenuhi dan dicapai oleh manusia. Disebabkan teori ini ramai yang berlumba-lumba untuk mencapai tahap yang teratas, seseorang manusia itu akan dipandang tinggi masyarakat bila dia dapat capai semua perkara dalam piramid ini. Lalu akan ada mak ci k bawang akan kata:

"Dia dah bahagia. Hidup dia dah selesa"


Namun begitu, jurnal ini menyatakan bahawa islam juga mempunyai piramid keperluan umatnya yang dikenali sebagai maqasid syariah. Tahap-tahap ini mengawal kesejahteraan umat sejagat dan alam ini. Berikut merupakan piramid yang perlu diambil kira oleh setiap muslim.


Natijah kehidupan seorang muslim ialah meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan bertemu Allah. 


Dalam bab perbincangan jurnal ini menyatakan kelemahan teori Maslow, iaitu :

  • Maslow menjelaskan manusia akan menjadi sempurna apabila tahap ini dapat dicapai namun tidak semua manusia mampu untuk mencapai tahap paling tinggi dalam kehidupan (Bakhtiar 2011). ( Jadi kalau orang yang tak capai cita-cita dia, hidup dia hancur?)
  •  Maslow juga menyatakan pembentukan tingkah laku manusia hanya berlaku apabila manusia ingin mencapai sesuatu tahap tertinggi dalam kehidupannya.  (Akhlak atau tingkah laku manusia terbentuk bila dia faham kenapa dia perlu berakhlak. Macam orang miskin sekalipun, jika dia kenal siapa tuhan dan kenapa perlu berakhlak,itu adalah tahap tertinggi bagi diri dia).
  • Maslow berpendapat perbuatan jenayah sebagai suatu yang mulia . ( Buat jahat menyenangkan hati. Sebab itu ada kes anak orang kaya yang suka mencuri di asrama. Dia rasa puas bila mencuri)

  Teori maslow ini boleh diguna pakai. Namun, untuk menerima secara total adalah kurang tepat. Nilai intelektual barat tidak mewakili world view masyarakat dan agama lain. Cuba kita lihat negara Palestin. Negara ini jika dilihat dari segi  2 tapak asas teori maslow (keperluan asas manusia ) iaitu fisiologi dan keselamatan tidak dapat dipenuhi. Akan tetapi sudut pandang islam berbeza. Mereka telah mencapai kesemua piramid keperluan muslim. Malah tapak asas mereka kuat untuk menjadi manusia yang sentiasa dipandang Allah. 


Sifat membanding-bandingkan memang naluri manusia. Banding lah perkara yang membawa diri kita menuju rahmatnya. Seperti membandingkan diri kita dengan allahyarhamah Razan al-Najjar. 
Al-fatihah.

                                                    

                                                              Al-fatihah to this amazing woman.





Comments

Popular posts from this blog

sejarah izhar qamari dan idhgam syamsi

Bisnes dan kanak-kanak