Saya selalu rasa seram sejuk nak masuk kelas tahun 2. Semangat kalau nak jejak ke kelas ini perlu luar biasa. Kalau tidak, semangat kita yang hilang bagai bintang dilanggar meteor (peribahasa ala sains :D. Alhamdulillah semangat hari ini dalam keadaan yang baik. Cara saya nak bagi ada semangat ialah dengan memakai baju yang selesa dan cantik. Selain itu, buku ringkasan pengajaran harian perlu dilaksanakan sehari sebelum (kalau boleh), kalau tak sempat, buat idea nak mengajar di dalam kepala. Saya mengajar subjek sirah. Tough for me to explain sirah in the easiest way.. I need something more creative and not boring for them to understand. Pelajaran sirah hari ini berkaitan dengan nabi Muhammad berniaga. Usia nabi Muhammad ketika itu ialah 12 tahun. Baginda mengikut ayah saudaranya, Abu talib ke syam. Sifat-sifat yang terpuji yang ada pada beliau banyak digarap semasa berniaga. Untuk mengelakkan bosan di dalam kelas, saya memberi tugasan kep...
Fikiran pelik hari ni] Bila ingat kembali hukum tajwid, iaitu lam ta'arif, Tertanya-tanya juga, kenapa hukum izhar dikaitkan dengan qamari(bulan ku) dan idgham dikaitkan dengan syamsi (matahari ku)? Kenapa jelas tidak dikaitkan dengan alam yang lain? Kenapa jelas dikaitkan dengan bulan? Ada apa dengan bulan dan bintang? Kemudian google lah, dan jawapan ni macam masuk akal. 1. Izhar Qomari. ALIF LAM itu diumpamakan bintang dan huruf itu diumpamakan bulan.,maka bintang itu tetap terang kelihatan meskipun bertemu dengan bulan cara membaca IZHAR QOMARI harus dibaca dengan jelas dan terang seperti kita memandang bulan. 2. Idhgam Syamsi ALIF LAM diumpamakan bintang dan huruf itu diumpamakan matahari maka apabila bintang bertemu dengan matahari akan menjadi tidak kelihatan. Dua-dua nak bersinar mana boleh nampak cahayanya maka apabila ALIF LAM bertemu dengan huruf syamsiyah menjadi tidak terbaca sebagaimana melihat matahari. Kita perlu masukkan huruf seterusnya d...
Assalamualaikum w.b.t Rasanya tak da yang membaca. tapi ini luahan hati setelah tahun tiga. Bila melangkah masuk semester pertama tahun tiga, Azam membara, Sem ini kena buat lebih baik. Pointer kena lebih 3.6. Proposal kena buat betul betul. Subjek WAJIB faham dan banyak lagi semangat membuak masa minggu pertama tahun tiga. tapi. Bila dah ditengah sem, Hanya Allah sahaja tahu, Betapa bahana tahun tiga ini. Assingment bertimbun, Presentation memanggil manggil dari kau suka sangat dengan presentation, dah jadi menyampah dengan presentation, Tempat praktikal perlu dicari, untuk menjamin kerja di lain hari, Dalam kelas apatah lagi, tak fokus. tak faham dengan apa yang diajar. Bukannya lecturer ajar guna bahasa alien. Tapi tah kenapa tak faham, Bila tak dapat cerna apa yang dipelajari, otak jadi lali, lalu lemas dalam mimpi. Bangun dari mimpi, orang tanya," faham ke tadi, angguk-angguk je" Ada satu masa, Empat perkara jadi serentak, proposal ...
Comments
Post a Comment