SHS
Maaf kalau entri kali ini bakal membuatkan anda benci pada saya.
Sempena hari wanita seluruh dunia.Ini adalah perkara pertama yang akan saya cuba lakukan.Saya bukan Malala,tapi saya punya impian dan harapan saya sebagai wanita.
Bismillahirrahmanirrahim...
Pernah dengar SHS?
Second Hand Smokers atau dipanggil sebagai perokok pasif. Menurut kementerian kesihatan,perokok pasif ialah orang yang menghidu bau asap rokok.Dan salah satu bahan kimia yang menyebabkan kanser kepada SHS ialah karsinogen.
Walaupun seorang SHS menjaga pemakanan dan sering melakukan senaman,namun jika dia terdedah dengan asap rokok,ada kemungkinan dia akan menghidap kanser.
Wahai perokok, anda mungkin akan bash saya,
Anda mungkin akan mengejek saya ,jika saya katakan rokok itu membazir,dengan mengira harga rokok dan bergurau senda ,bertanya saya dimana kereta ,walau tidak merokok.
Jatuh hormat saya pada anda,jika anda merokok dihadapan wanita. Dan jika salah seorang wanita itu mempunyai penyakit lelah atau asma ,namun,tidak mampu untuk menyuarakan sakitnya kepada anda.
Dan anda dengan senang berkata: "Kami sayang generasi akan datang dengan membakar rokok.Kerana tak mampu bakar kilang rokok."
Kepada perokok,saya sayang anda semua.Saya hanya benci rokok. Bukan anda. Saya ulang benci rokok bukan anda. Anda mempunyai masa hadapan yang lebih cerah.
Anda mungkin akan berkata:
"Atok moyang kita ada ja hisap rokok,sehat ja"
"Alah,orang yang tak hisap rokok ,meninggal dulu dari kami."
"Dah kalau ajal,meninggal juga"
"Sihat ja,tak da effect pun"
"Merokok boleh merehatkan minda dan boleh mendatangkan idea"
Dan banyak lagi...
Satu persoalan untuk ,
Seandainya, rasulullah ada dihadapan kalian( perokok) ketika merokok dihadapan wanita,apakah tindakan rasulullah terhadap anda?
Adakah baginda akan membunuh kalian?
Tidak kan?
Orang munafik pun rasulullah tidak bunuh. Hanya pulaukan.Rasulullah berhikmah.Segala yang dilakukan baginda pasti akan memikirkan orang sekeliling. Dan semestinya,rasulullah tidak akan menganiaya kaum hawa.
Para sahabat,ketika diperintahkan agar tidak meminum arak,ada yang memegang arak,terus membuangnya. Pang! Pecah botol kaca.Yang minum arak,terus meludah.
Dan semestinya ada jawapan dari anda,
Kami bukan sahabat.
Ya. Anda bukan sahabat. Tapi,anda tak mahu masuk syurga?
Saya tahu bukan mudah untuk berhenti. Saya sangat faham. Kerana saya juga sedang berusaha membantu ayah berhenti. Bukan mudah. Tak senang macam soalan 1+1=2.
Tapi,sentiasa ingat.Setiap perbuatan anda pasti ada ganjaran dari Allah.Allah tak buta. Cuba sedaya upaya.
Burung ababil diejek kerana membaling batu kecil kepada tentera abrahah.Mereka yakin usaha mereka yang dilihat Allah ,bukan hasil. Tapi matlamat mesti ada. Nak berubah?
In shaa Allah boleh.
Apa yang saya tulis bukan saja saja. Tapi,saya sayang seluruh wanita dan lelaki di dunia ini. Namun, kerana wanita akan melahirkan generasi baru,saya lebih sayang kaum saya.
Selamat hari wanita :)

Comments
Post a Comment