aku bukan robot

Farid( coursemate yang tulis blog juga),pinjam tajuk diatas ye.

Aku memang bukan robot. Tapi,hidup di UKM sem lepas macam robot. Dan semestinya bukan robot transformersss Aku robot yang gelak,gelak macam baymax ,usha orang,tengok baju lawa ke tak,study, makan,solat. Ulang benda yang sama.
Sabtu ahad balik rumah.
Yang jauh,Jangan jealous...
Alhamdulillah Nikmat Universiti dekat dengan rumah.
;)
Eh, Jangan sedih, nikmat kau lain.Kau mungkin dah ada lesen kereta    tapi     (kena jauh kereta dengan tapi,takut ada yang baca keretapi) aku takda.

Lesen 3 kali repeat. Fail.

Lupakan kes ni.

Jadi,sem ni aku berazam,semangat aku macam ana nak cari elsa dalam frozen tu. "I will find her and get her back to arendelle."
Biiznillah,
Aku nak buat tiga benda ni setiap hari,supaya hidup aku tak bosan macam robot melipat kain:
1)Bercakap dengan mana-mana foreigners atau orang yang aku tak kenal
2)Sedekah. Senyum pun jadi lah kalau sengkek sangat dan malas nak hulur kaki tangan membantu orang.
3)Aku nak buat benda baru. Tak kisah.Makan makanan yang halal tapi pelik pun benda baru juga. Tak pun join program apa apa pun. Asalkan aku tak jadi robot.

Jadi,korang nak buat apa kalau tak nak jadi robot?

Buatlah apapa pun,tapi nak jadi transformers aku sokong.
salam

Comments

Popular posts from this blog

sejarah izhar qamari dan idhgam syamsi

Bisnes dan kanak-kanak