Pertama

Pagi itu menjadi haru biru buat anak remaja itu. Seharian tidak bertegur siapa dengan ayahnya ibarat naik bot tiada pendayung. Dahulu, ayah lah tempat segalanya diluahkan. Ayah lah tempat untuk berkongsi duka. Ayah lah juga tempat untuk berkongsi makanan, ais-krim dan paling menarik gelakkan gambar orang lain sama-sama.

Namun, semuanya berubah apabila Ayahnya mula mencari hasil pendapatan yang lain dengan berniaga. Ayahnya telah ditipu oleh kawan yang perangai saling tak tumpah seperti Mr. Krab didalam kartun sponge bob, orang yang gilakan harta. Sanggup menipu sahabat sendiri untuk kepentingan diri.

Kejadian malam tadi menyebabkan kepercayaan Aina Najlaa'yang di taruh harapan tinggi  hilang serta-merta kepada ayahnya. Hanya kerana hendak masuk Universiti.

" Ayah, nak isi borang PTPTN kena ada akaun SSPN." Beritahu Aina kepada ayahnya yang tengah kusyuk melayan whatssap di telefon pintarnya.

" Hmmm" itu sahaja yang dibalas ayahnya..

" Ayah, dengar tak, nak minta PTPTN kena ada SSPN." Sekali lagi Aina mengulang .

" Ish, Ayah dengar la! Buat je lah,. Kalau tak dapat biasiswa JPA ada backup plan, Duit tu juga nanti boleh ayah buat modal nak berniaga benda lain." Nada ayahnya semakin tinggi.

" Tapi, PTPTN kena bayar balik. Kakak tak nak ada hutang." Jawab balik Aina dengan nada yang rendah. Dia agak kecewa bila ayahnya hendakkan PTPTN. Rasa seperti tidak layak mendapat JPA. Walhal, pointernya di matrik hampir 4 rata. 3.97. In shaa Allah dapat.

" ORANG KATA MINTA , MINTA JE LAH TAK PAYAH NAK TAKUT!!" jerkah ayahnya.

" Kakak tak nak!" Sekali lagi Aina menolak permintaan ayahnya.

" Ish budak ni, SUKA HATI LAH, NAK BUAT APA!! KAKAK DAH BESAR!!" Nada ayahnya memang dalam keadaan yan tidak terkawal. Terus ayahnya keluar dan menghempaskan pintu rumah dengan kuat.

Aina yang tidak semena-mena terus berlari ke arah ibunya dan menangis...

" Kenapa ayah jadi semakin pelik. Apa salah kakak, mak?" teresak-esak tangisan Aina. Tidak pernah dia dimarahi sedemikian rupa sejak matanya melihat dunia.

" Kak long tak da salah apa-apa. Biasa lah tu. Berniaga tak menjadi...." Bisik ibunya dengan perlahan kepada Aina. Ibunya juga dimarahi ayahnya kerana telah menhilangkan dokumen penting. .Padahal, salah si Ayah sendiri kerana, dia yang meletak dokumen merata-rata.







Comments

Popular posts from this blog

sejarah izhar qamari dan idhgam syamsi

Bisnes dan kanak-kanak