Hadiah Hari Merdeka tahun 2015.
Assalamualaikum :D
MAY ALLAH LOVE YOU EVERY SECOND OF YOUR LIFE..
Merdeka kali ini berkaitan dengan sehati sejiwa. Macam mana nak bagi hati kita semua ni sehati sejiwa?
Salah satu caranya dengan kita belajar Al-quran. Hati kita akan bertaut dengan tuhan.
Alhamdulillah, sekarang ini tengah menjadi penuntut ilmu quran dan tenaga pengajar quran yang available. Nak belajar pm ye :D
Nasehat dari tuan guru:
1. Jangan malu untuk belajar. Belajar ilmunya sampai mati. Kerana dengan belajar Al-quran hati akan jadi lebih tenang.
2. Belajarlah juga dengan hati. Biarkan hati kita merindu untuk melagukan ayat suci Al-quran daripada kita rindu nak nyanyi lagu yang tak best dan tak da maksud.
3.Pastikan matlamat dan niat kita sentiasa keranaNya. Jangan tersasar. Bila niat kita baik nak belajar, Allah akan buka jalan penyelesaian untuk kita dalam hidup ni.
4. Bila kita dah dapat ilmuNya, ajarkan dan sebarkan pada orang lain agar mereka juga mendapat manfaatnya,
Selalulah buka youtube dan cari ustaz Nouman Ali Khan. In shaa Allah anda akan terkesan, tak sikit pun banyak yang anda akan dapat untuk menghayati Al-quran.....
Salam Sehati Sejiwa.
Comments
Post a Comment