Positive Charge

Blog kali ini mengenai manusia.
Manusia yang suka menjauhkan diri daripada aku.
Dapat rasa cas negatif yang diberikan pada aku.
Rasa tolakan ikatan berbanding menarik ikatan dengan aku.
Semuanya salah aku

.Berkait dengan hati.
Kau rasa bila dah jatuh suka pada orang,  boleh kita tak suka tiba-tiba?
Aku tak pandai nak sembunyikan sesuatu.
Budak ni baru nak acah-acah matang.
Budak ni baru nak kenal dunia luar.
Budak ni dah rasa kehilangan orang yang dia sayang 
satu persatu dia rasa.

Selama ini hanya dengan dunia dia sendiri.
Bercakap pun selalu dengan orang yang sekepala dengan dia.
Bila ada masalah,budak ni tergedik-gedik cari lelaki .
Jatuhkan maruah seorang PEREMPUAN, menangis depan LELAKI.

Terima kasih atas segala penolakan yang diberi.
 Aku bersyukur.
Sungguh, sangat bersyukur pada Allah.
Diuji dengan hati,diuji dengan penolakan manusia.
Rasa cas negatif itu membuatkan aku jadi lebih positif.
Terima kasih membiarkan aku 
Terima kasih menolak aku
Terima kasih kerana kau buat aku tersedar
Akan salah aku 
Mungkin ini karma pada aku.

Aku sedang berusaha untuk bangun
Berusaha untuk cari cas postif yang terbaik
Untuk dapatkan ikatan seperti dulu
Untuk menjadi lebih baik
Agar aku tidak ditolak 
dan rasa cas negatif itu lagi.

Akhir kata,
Terima kasih sekali lagi.



.

Comments

Popular posts from this blog

sejarah izhar qamari dan idhgam syamsi

Bisnes dan kanak-kanak