ANAK MELAYU PEKAK
Sabtu, 3 September 2016, jam 6 petang buat julung kalinya aku melihat filem Melayu yang aku rasa cukup baik dari segi mutu lakonan setiap pelakonnya terutamanya pelakon watak Azman picasso, pergh memang menjadi watak dia ni. Sinematografi, setting dan semuanya memang nampak sempurna.
Sebab-sebab lain kena tengok filem ini?
1) Zahiril adzim.
Kali ini kena bawa watak orang pekak yang jual dadah. Lagi lah, siapa nak percaya muka baik, pekak, ada kad dan stiker OKU boleh jual dadah. Dan macam mana mutu lakonan zahiril adzim tak terbaik, dia buat revision dulu sampai sanggup pakai alat bantuan untuk jadi pekak. Aku ada baca laman web ni:
"Untuk dapatkan feel lakonan saya ada memakai satu alat bantuan yang menghasilkan bunyi dengung kalau tak silap hampir dua minggu."
“Sebenarnya alat itu dicadangkan sendiri oleh pengarah selepas saya berbual dengannya mengenai cara untuk menghayati watak Uda dengan lebih baik.
“Bila pakai, benda yang saya dengar hanyalah bunyi itu. Saya pakai tak kira masa termasuklah di rumah, kedai makan dan dalam kereta. Sampaikan bila waktu malam baru saya buka.
2) Filem ini dapat ANUGERAH ANTARABANGSA!
3) Filem untuk orang yang tak suka kisah cinta yang klise. Walaupun, Lagu Othman Hamzah, Rintihan Hati menjadi penyebab Uda menyukai Dara. Klasik dorang ni.
Jadi, apa yang filem ini cuba ketengahkan?
1) Matlamat yang jelas.
Kisah uda yang punya misi yang optimis dan dia tahu dia boleh buat. Dia berusaha untuk dapatkan RM 60K untuk cochlea implant. Dia siap ada poster mengenai pembedahan ini di dalam biliknya. Bagaimana uda ini pandai membahagikan wang untuk sewa rumah, makan, motor dan sanggup berusaha menyimpan duit hanya untuk menjadi manusia normal yang boleh mendengar. Cuma, matlamat dia tak menghalalkan cara. Sanggup kerja jadi pusher sebab nak capai matlamat. Itu yang salahnya. Tapi, kita boleh ambil semangat dia untuk capai cita-cita dia.
![]() |
Setiap kali dia nak simpan duit, dia akan kira lagi berapa dia perlukan. |
![]() |
Mempunyai kad OKU membuatkan Uda mudah terlepas dari pihak berkuasa. |
2) Sayang sahabat ada tempatnya
Melor seorang rakan yang sering mempergunakan dara . Mengajak rakannya untuk selalu membuat jahat bersama. Si dara ni lurus. Ikut ja. Yang penting kawan gembira dan dia ada kawan. Bersahabat bukan untuk kita menjadi pak turut. Kita bersahabat kerana Dia. Kalau nampak kawan pelik semacam je, pulaukan dia sesaat. Dara ada untuk tidak ikut melor bila dia mula berkawan dengan Uda. Dia rasa benda tu salah, tapi dia tak berani nak cakap sebab dia sayang Melor.
![]() |
3) Bagaimana Melor mempergunakan Al Quran
Melor seorang yang boleh mengaji, namun mempergunakan Al-quran untuk menutup kejahatan yang dilakukannya. Bila ayah Dara masuk bilik dara, mereka akan pura-pura seperti kelas mengaji, padahal.....
5)Bagaimana Azman Picasso mempergunakan dadah sebagai alasan seninya
Sampai azman mati, tak da siapa nak faham apa yang dia buat. Seni Masterpiece dia terlalu berat dan dia buat alasan gunakan dadah untuk fokus. Tapi, masterpiece dia tu apa benda?
6) Bagaimana orang kaya pun boleh terjebak dengan Dadah ni.
7) Bagaimana anak remaja zaman kini mudah hilang daranya begitu sahaja.
Dan banyak lagi isu sarat dan berat mengenai filem ini.
Boleh baca disini:
Last but not least,
Part yang paling aku suka ialah, di stesen kereta api. Macam mana rasa dia duduk tepi train yang bunyi kuat gila dan rasa angin yang kuat!
Rasa nak tengok lagi cerita ni. Nak beli CD lah pula!
:)
Comments
Post a Comment