Gifted, 2017 ( Malay REVIEW)
Setelah melihat tajuk, kita pasti dapat meneka filem ini mengenai apa.
Pada mulanya saya menganggap filem ini di tahap yang biasa sahaja, namun, di penghujung cerita, you know the rest. Rotten tomatoes memberikan rates sebanyak 70% untuk filem ini, tapi bagi saya filem ini layak untuk dapat 200%.
Sedikit sinopsis berkaitan filem ini :
Watak yang dilakonkan oleh Captain America (Chris Evan) sebagai Frank Adler seorang pembaiki bot dan penjaga kepada seorang kanak-kanak pintar berusia 7 tahun bernama Mary telah memberi impak yang berkesan kepada penceritaan filem ini.
Frank ingin Mary menjadi seperti kanak-kanak normal. Pengalaman di masa lampau oleh kakaknya a.k.a mak Mary, telah membuatkan dia berasa takut untuk membesarkan anak ini dalam suasana seperti ibunya. Mak Mary telah membunuh dirinya sendiri selepas melahirkan Mary. Dengan sebab itu, Frank memilih untuk memberi pendidikan normal kepada anak ini.
" Kau akan dapat kawan yang boleh pinjamkan wang pada kau nanti sampai tua" kata Frank kepada Mary.
" Be more 'kid' girl.
Faktor kematangan dalam diri Mary menyebabkan dia tidak mempunyai kawan seusianya dan mempunyai rakan baik iaitu jiran mereka, Roberta. Seorang perempuan yang berusia lingkungan 40-50 tahun. bKlimaks dalam filem ini ialah apabila Nenek Mary, Evelyn ingin mengambil hak penjagaan anak ke atas Mary. Namun, di akhir cerita ini, Frank berjaya mengambil hak penjagaan anak kecil yang merupakan anugerah terbesar dalam hidupnya.
2 topik menarik dalam filem ini yang saya rasa penting:
1) Kebijaksanaan emosi (EQ) dan kebijaksanaan spiritual (SQ) pelu SEIRING dengan kebijksanaan intelek (IQ)
Menurut Stephen R. Covey, IQ adalah kecerdasan manusia yang berhubungan dengan mentaliti, iaitu kecerdasan untuk menganalisis, berfikir, berfikir abstrak, bahasa, visualisasi, dan memahami sesuatu. Manakala EQ, ialah keupayaan untuk berhubung dengan orang melalui kemahiran antara perseorangan (interpersonal skills).
Dalam dunia peniagaan atau pengurusan pekerjaan , IQ akan menjamin pekerjaan tetapi tidak menjamin kepada kenaikan pangkat , manakala EQ merupakan syarat utama bagi kepimpinan diri dan orang sekeliling. Dalam proses politik, EQ benar-benar akan diambil kira dan menjelaskan mengapa Presiden Joseph Estrada, pemimpin berjiwa rakyat yang tidak mempunyai pendidikan formal yang tinggi dipilih untuk memgang jawatan tertinggi di Filipina dengan undi terbanyak.
Berbalik kepada filem ini, Kerakusan Nenek Mary yang terlalu ingin menyelesaikan masalah the Millennium Prize Problems (a set of seven real mathematical problems so hard they have a $1 million prize if you solve them) menyebabkan ibu Mary tidak dapat mengalami hidup yang normal seperti bercinta dan mempunyai rakan.
Frank tidak mahu Mary membesar menjadi seorang yang manusia berlagak punya IQ yang tinggi tapi lemah EQ. Justeru, Frank berusaha sehabis upaya mendidik Mary agar menjadi lebih manusia dengan tidak membiarkan anak kecil itu terlalu taksub dengan matematik dengan membawa Mary menaiki bot, membela kucing dan setiap petang bersiar siar ke pantai. Mary pada mulanya menunjukkan sifat agresif ketika bersekolah, namun dia belajar sedikit demi sedikit untuk menghargai kanak-kanak lain dan menjadi lebih manusia.
Satu bahagian yang berkesan dan sentiasa berada di fikiran saya apabila Mary merajuk dengan Frank dan mengalami depresi kerana merasakan dirinya bebanan kepada Frank. Namun, selepas Frank membawa Mary ke hospital dan satu peristiwa menarik berlaku membuatkan anak kecil ini terus gembira dan kembali seperti Mary yang ceria. Di hospital ini, Frank memberikan didikan EQ kepada Mary.
2) Pengorbanan
Sacrifice is difficult. Sometimes we have to give up a part of ourselves to get something better.
Frank mengorbankan dirinya untuk berhenti dari kerja yang stabil untuk menjaga Mary. Kalian akan tekejut dengan pekerjaan sebelum Frank menjaga anak buahnya pada minit yang akhir.
Banyak lagi perkara yang menarik dan membuatkan kita leka dengan penceritaan dan skrip yang segar dalam filem ini. Selamat menonton dan let me know how you feel about this movie!
link movie;
http://123moviess.to/watch/gifted-2017-123moviess.html
Comments
Post a Comment