Kenapa Ramadan Penting Untuk Saya?
Salam Ramadan fasa kedua nak ke fasa ketiga. Moga misi #ramadanterbaik tahun ini masih on track.
Pernah terjumpa satu perkataan menarik di Pinterest,
" Why ramadan is important for you? "
Ayat dia biasa sahaja, tapi untuk dalami perkataan ini, ia memerlukan pemerhatian dari hati SETIAP HARI setiap saat.
Semalam, 15 Ramadan 1439 H, saya bertanya anak murid saya soalan ini. Jawapn di bawah merupakan jawapan dari hati mereka. Markah dinilai berdasarkan kematangan dalam memberi jawapan :)
![]() |
i will cry more than you nak. Menggunung dosa ni. |
![]() |
Mak-mak memang akan kurang membebel bila bulan ramadan. Kasih sayang mak bertambah-tambah. |
![]() |
ice lemon blue hanya dijumpai di bulan ramadan? |
![]() |
They can draw too. I love his drawing. Puasa menahan nafsu dan mengajar sabar. Kalau tak sabar, kena guna pedang samurai KAT BELAKANG tu.. |
![]() |
ini jawapan jujur. But i do love honest people. |
Sekian jawapan ikhlas dari anak murid saya.
Ini pula jawapan guru mereka...
Ramadan sememangnya bulan yang sangat penting bagi saya. Bulan ini pelbagai keajaiban yang nampak biasa di mata manusia lain tapi bagi saya luar biasa. Antara perkara luar biasa ialah nikmat Hidup sendiri dan bersilaturrahim.
Saya berjalan berseorangan menuju ke majlis membaca puisi ramadan di Rumah Pena. Tiada siapa pun yang saya kenal di program ini. Namun disebabkan hati nak sangat dengar puisi, i walk alone. Tempat tak tahu kat mana, orang tak kenal. Sejenis manusia yang main redah je. Hikmah redah ni mesti ada. I just walk and Alhamdulillah, i arrived there safely.
Dan hikmah redah ni, i got new friends. Dah lama tak berada dalam suasana kawan yang berkumpulan. Masa lapang antara mereka diisi dengan baik iaitu dengan meneka lagu yang dimimikkan dengan bahasa tubuh. Walaupun mereka muda, tapi ikatan persahabatan antara mereka ini ibarat ikatan kovalen. Saling berkongsi, saling menghormati.
![]() |
MAY ALAH BLESS YOU GUYS EVERYDAY:) |
Keesokan harinya kaki saya dibesarkan langkahnya ke program #signon ini. Dalam perjalanan saya seorang diri ke program, saya bertemu dengan manusia yang dikurnikan anugerah mata hati yang hebat. Matanya gelap, jiwanya tidak malap. seorang diri berjalan. Dari Stesen BTR ke stesen bukit bandaraya.i always feels insecure when i walk alone. Takut jadi benda buruk. Overthinking woman. Tapi, lepas jumpa kakak ni, makin mencambah tawakal kepada Tuhan. Jalan lah mana pun di negara ini, jika tawakal, jika jalannya tak sunyi in shaa Allah, akan selamat ke destinasi. Sebagai manusia remaja dewasa, hidup sendiri ini penting. Survival ini membawa diri ke mana sahaja. Selalulah tawakal dengan selamat.
Next, ramadan is so important for me to learn something new. Our lunch break, and our thought nak makan mana hari ni dah tak da masa bulan ni. So, learning something new, is so great this month. Perut kosong, jiwa lapang, ilmu mudah lagi nak masuk. Bulan ni, alhamdulillah asas bahasa isyarat dipelajari dan diulangkaji. Plus, i met a new friends here. Pelbagai kerjaya. Alhamdulillah. Nikmat mulakan silaturrahim.
![]() |
My happiness to learn something new sampai mata pun tertutup. |
Third, ramadan is so important for me as i can learn sabr so much. Sabar dengan karenah anak murid, sabar dengan nafsu nak p bazar ramadan hari hari, sabar dengan sabar dan sebagainya.
Last, ramadan is so important for me to practise istiqamah. Nak buat baik mudah istiqamah tu payah. Tapi tak mustahil. Moga #ramadanterbaik tahun ini benar benar terbaik.
Salam ramadam 16 1439H.
![]() |
Ramadan ialah bulan dimakbulkan doaa. Moga setiap apa yang kita sebutkan yang baik baik selalu menjadi doa dan mendapat rahmatNya. |
Comments
Post a Comment