Rehatkan Hati dengan Solat by Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Assalamualaikum. Kita sudah hampir ke garisan penamat tahun yang tidak pernah dijangka oleh semua orang. Sipa sangka, ekonomi dunia akan jatuh dek kerana virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini.

 Masjid dan surau juga hampir 11 bulan tidak dapat kita (perempuan) singgah. Macam-macam jadi tahun ini. Kita penat, lalu menonton cerita di Netflix. Tonton kadang sampai jiwa kosong. Mencari perkara lain yang lebih menarik. Dicuba pula Yoga, work out dan memasak resepi baru. Sudah lelah dengan ini dicari lagi sampai puas hati. Namun, masih tidak puas. Hati tidak enak. 

Lalu apakah cara lain untuk hati merasa puas dan tenang. 

Ya!
 
Perbaiki hubungan dengan Allah melalui Solat! 

Kita mungkin solat cukup, tapi adakah berkualiti?

 Adakah solat kita mncegah kemungkaran? Adakah kita menjadi manusia yang balance, workaholic dan solatholic? 

Nah... Bukan mudah nak perbaiki Solat tanpa Ilmu. Yuk, kita tambah ilmu dengan membaca buku ini. Jika 100 Ringgit diberikan kepada saya untuk membeli apa-apa buku di bumi ini, nescaya buku ini saya akan beli dan berikan kepada sesiapa yang memerlukan. Kerana isinya membuatkan saya sendiri tertampar berkali kali agak perbaiki kualiti solat.

Disini saya berikan sedikit ciapan yang saya tulis, secebis ringkasan dari buku ini...





Kalian boleh dapatkan buku ini di imanshoppe.com . Harga yang berpatutan RM 30 dengan isi yang sedap dibaca!


Selamat membaca!

Comments

Popular posts from this blog

Bisnes dan kanak-kanak

sejarah izhar qamari dan idhgam syamsi

TAHUN TIGA UKM