Nikah di KL
Hi,
Sesiapa yang membaca blog saya,
Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan dan bahagia dunia akhirat. Alhamdulillah sudah 110 hari saya menikah, berjaya nikah pada tahun ini walaupun PKP. Alhamdulillahhh...
![]() |
| Suamiku Cameraman masa akad nikah. |
So, Nikah ni mudah sangat proses dia, let me tell you how:
Tentukan tarikh nak nikah bila. Ini sangaaaaaat penting. Yelah nak tempah baju, nak isi borang semua. Ok, bila dah tahu tarikh nikah, 3 bulan sebelum nikah, sila isi borang ni https://www.sppim.gov.my/ . Why isi online dulu, sebabnya boleh tahu lepastu nak buat apa...
Klik benar nikah online,
Kemudian, isi permohonan baru. Bila dah isi, Sila simpan no rujukan untuk kita edit dan log in balik.
Kemudian, terukan isi borang ni sampai habis dan jumpa page ni dan cetak borang. Dalam borang sppim ni akan buat kita alert list to do apa nak kena ada. Jangan risau kalau ada yang kita tak buat lagi macam HIV test ke kursus kawen ke, sbb kit aboleh edit bila-bila masa sahaja.
Seterusnya, dokumen yang tiada lagi? kursus kahwin? Banyak kursus kahwin online. Kami di kursus kahwin BTS (Whatssap no ni +018-3536229). Bayaran RM80, sehari sahaja.
Dah settle kursus kahwin dan HIV test, isi borang dengan lengkap lelaki dan perempuan. Lengkap sahaja borang lelaki, book pula temujanji dengan ustaz berdekatan kariah atau daerah kita. Bila borang lelaki dah siap, untuk perempuan book temujanji dengan ustaz kalian pula. Datang bersama wali dan borang lengkap serta dokumen penting lelaki dan perempuan. Dah siap jumpa ustaz, lulus semua, terus pergi ke JAWI, untuk hantar borang lengkap dan dapatkan tarikh nikah.
Masa kami hanya boleh nikah di JAWI, masa pun ditentukan JAWI. Sekarang mungkin dah boleh tempah dengan pihak masjid berdekatan kita..
Ok itu sahaja. Mudahkan? Yang rumit nak buat majlis.
Tapi alhamdulillah, majlis saya berjalan dengan baik. Hanya kecil kecilan dan dalam bajet yang sederhana. Buat juga hanya dirumah. Cuma kerugian pada goodies. Oh mungkin tu boleh simpan majlis akikah anak nanti. Amin in shaa Allahh.
Bajet majlis:
Baju nikah beli sendiri lelaki perempuan - RM 300+
Photographer and videographer (Moment maker) - RM 2500
Make up (@nasuhaideris) - RM400
Pelamin - (@pondokkahwin)- RM 250 (harga promosi, cantik sangat pelamin, murah berbaloi)
Makan-makan dirumah untuk keluarga- RM 500+
Covid test RTK(L,P dan wali ) - sorang RM70
So itu sahaja tips dan anggaran majlis yang anda boleh bajet nanti. Oh, jangan lupa siapkan semua mas kahwin, dokumen, duit upah nikah tok kadi dan saksi.
Here is a snippet from my akad nikah moment:






































Comments
Post a Comment