Best part of big hero 6
Well, aku suka tengok cartoon,atau apa cerita yang mampu bagi inspirasi pada diri sendiri atau sesiapa sahaja.
Dan,disebabkan, baru dapat tengok cerita ni,setelah banyak halangan yang dihadapi untuk menonton cerita ni. Salah satu, ter- download cerita ni versi thailand kot.
So,kalau hampa dah tengok,banyak kan pengajaran dari movie ni?
1.Ehem, yang pertama.Jangan menilai seseorang berdasarkan latar belakang sesorang.Klise kan?Takpe,kita ubah bahasa inggeris. Dalam bahasa inggerisnya, Looks can be deceiving.Rujukan dari website www.jmlalonde.com.
Pada permulaan cerita,Hiro yamada,budak yang bijak tapi tak tahu hala tuju dengan kepintaran dia. Bertarung robot. Cepat dapat duit. Macam tu jugak budak budak zaman sekarang, terutama adik-adik yang bersekolah dan yang semestinya ada banyak kelebihan teknologi. Tapi, tak tahu hala tuju penggunaan sesuatu teknologi.
Dan, bahagian akhir cerita ni, Hiro buktikan yang dia boleh buat sesuatu untuk selesaikan sesuatu masalah.
Oleh itu,kalau kita tak kenal sangat orang tu,jangan senang senang hukum dia.Dia mungkin boleh jadi lebih baik dari kita.
2.Nothing great comes from easy. ~Prof.Callaghan.~
Kalau nak jadi orang berjaya bukan senang. Setakat letak nama najihah,maksud kejayaan ingat dah boleh berjaya? Jadi? Usaha lah.Jangan malas nak study( peringatan untuk diri)
3.View things from different angle
~tadashi yamada~
Suka tengok tadashi main dengan hiro.Best kan ada abang yang cool and awesome macam tadashi.
Jadi,Setiap perkara,pandang dari sudut yang lain.Eh,tranlaste pula.Kalau kita pandang sesuatu masalah dengan sudut yang berbeza baru kreatif. Nak cakap kat sini,kalau nak selesaikan masalah,pandang masalah tu kecil.Fikirkan jalan penyelesaian. Kita ada tuhan Maha Besar dari masalah kita yang kecik tu.
4. Dont give up on other
~tadashi yamada~
Setiap manusia Allah bagi potensi diri yang lain lain. Dah kalau kita tak mampu nak jadi doktor,tengok luka yang teruk teruk pun rasa sakit.Maka,jadi lah apa-apa pun asalkan manusia yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat. ;)
Jangan pernah kita putus harap pada seseorang yang kita sayang. Macam tadashi,tak pernah putus asa ajak adik dia jadi baik.Cari potensi adik dia.Naikkan semangat adik dia.Dan paling sweet tadashi ni,buatkan robot Baymax yang comel sangat sangat tu untuk jaga adik dia. Macam tau tau je,nak meninggal buatkan robot yang suka peluk manusia supaya internal body recovered.
5.We need a solid team.
Tak ingat watak siapa yang cakap. Yang penting,kalau kita nak buat sesuatu program,ajk mesti kuat.Maksud kuat?Komited.Sentiasa tolong kawan.Ingat kita saling memerlukan untuk buat program yang beri impak pada orang lain.
6.Beware of low energy.
Low energy untuk manusia kalau tak makan dan hati kosong.
Kalau low energy,mesti tak da idea nak buat sesuatu yang hebat. Asyik fikir nak makan je.Dan kalau hati kosong,sangat bahaya.Cas hati kita dengan baca quran,solat dan berfikir tentang kejadian tuhan.Iman ada yazid dan yanqus.Naik turun.Dan perkara nak bagi naik iman ialah buat perkara yang baik meski hanya senyum pada orang lain,basuh pinggan,cuci toilet,angkat sampah atau susun selipar.Semua kerja yang nampak remeh,tapi kalau ikhlas kita buat,In shaa Allah,Allah akan bersihkan hati kita macam kita cuci pinggan sampai nampak muka di pinggan.Kalau susun selipar,doalah moga urusan kita tersusun macam kita susun selipar. Senangkan nak Allah tolong kita?
Kata-kata tadashi pada kita semua:
Maaf atas salah silap.Moga Allah redha penulisan kali ini.
Salam :)
Comments
Post a Comment