Pesanan buat adik lelakiku :)
Salam.Kak long tak tau korang baca ke tak blog ni. Tapi,kalau baca Alhamdulillah. Tak baca?orang yang baca tolong sampaikan pada adik jiha,kalau jiha dah takda.Kita tak tau bila kita pergi.Sebagai langkah seorang kakak yang tak tahu bila pergi dari dunia.Kak long nak korang faham mesej dalam blog ni.
Ini keluarga kita.
Ramaikan?
Kepada Mohd Ansar B Mohd Sariff
Dan
Ahmad Syuaib B Mohd Sariff
1)Jaga mak abah dengan baik.Jangan pernah bagi mereka sedih. Setiap hari jangan lupa sedekah kan Al-fatihah kepada mak abah. Doakan agar segala urusan mak abah sentiasa dipermudahkan.
2)Usaha sungguh-sungguh. Korang boleh berjaya. Ingat jalan apa yang korang pilih,pilihlah jalan yang sentiasa Allah redha,dan mak abah redha.
3)Sedarkan,adik perempuan ramai.Jaga dorang.Jangan bagi mereka mudah cair dengan mana mana lelaki. Didik mereka untuk mengaji dengan sempurna.Agar hati mereka lebih tersentuh dengan Al-quran berbanding suara lelaki yang menyanyi pada mereka.
Agar mereka tidak mudah tertipu dengan mana mana lelaki tidak ikhlas yang cuba dekat dengan mereka.Agar hati mereka tidak mudah perasan dan tidak mudah jatuh hati pada lelaki yang hanya ingin mempermainkan perasaan adik kita.
Agar mereka tahu tujuan hidup ini.
Agar mereka tahu,aurat perlu ditutup kerana aurat mereka,korang juga bertanggungjawab selain abah.Ingatlah,korang juga wali bagi adik kita.
4)Pilihlah calon isteri yang solehah.Jangan mencari rupa. Kelak korang derita.Jangan mencari harta.Kelak korang dayus.Tapi,cari seseorang yang mampu beri keselesaan pada hidup dan mampu melaksanakan perintah-Nya bersama.Korang adalah harapan mak,yang wajb menjaga mak walau sudah bernikah.Nanti,adik kita semua dah kahwin,korang yang wajib jaga.
5)Jangan pernah lupa untuk sentiasa melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran.Korang berdua,adik yang paling kak long percaya.Adik yang boleh diharap.Adik yang baik,walau kadang kadang tak dengar kata.Tegur kak long kalau ada buat silap semasa hidup.Tegur adik adik.Tapi ingat,berhikmah.Jangan tengking tengking.Adik kita semua perempuan.Hati lembut.Hati cepat terasa. Sentiasa beri galakan untuk perkara yang mereka suka,tapi mesti ikut syariat.
Dah lima kan?Itu sahaja pesanan kak long.Jangan mudah mempermainkan perempuan,kalau tak nak adik kita dipermainkan.
Maaf atas salah silap.
Salam.
~kak long~
Comments
Post a Comment